Nama Sekolah : SJK (C) Chi Chih
Nama Kumpulan : Green Ranger Chi Chih 1
Nama Murid : 1) Ho Quan You
2) Nur Ain Zahirah bt Matsupi
3) Tan Poh Ting
4) Nuralya Sofiah Sofuan
5) Khor Qian Hui
Nama Guru : Cik Liong Ai Ming
Penyelaras
Nama Produk : Botol Serbaguna Eco Pelangi
Bahan Asas :
1) Botol Air Mineral 1.5 Liter
2) Botol Air Mineral 500ml
3) Beg plastik seperti bungkusan makanan ringan, bungkusan barang keperluan harian.
4) Batang buluh atau rotan
Manusia dan plastik tidak dapat dipisahkan kerana bergantung kepada penggunaan barangan plastik dalam kehidupan seharian. Ramai tidak menyedari plastik adalah musuh ‘senyap’ kepada manusia dan boleh ‘membunuh'. Sebenarnya banyak plastik yang kita gunakan ini tidak boleh dikitar semula. Terutamanya produk-produk harian seperti beg plastik serbuk pencuci baju, beg plastik serbuk kopi, teh, makanan ringan dan sebagainya.
Pencemaran plastik merupakan isu global yang dihadapi oleh semua negara. Hal ini memandangkan plastik digunakan secara meluas dalam pelbagai aktiviti seharian di seluruh dunia. Tapak pelupusan sampah juga ditenggalami plastik. Negara kita juga menghadapi masalah mencari tapak pelupusan sampah untuk menangani masalah sampah yang semakin meningkat ini.
Untuk menangani masalah pencemaran plastik ini, kelab kitar semula SJK C Chi Chih telah mengadakan kempen suapkan saya untuk mengumpul beg plastik di kawasan sekitar ayer baloi untuk membuat Botol Eco Serbaguna Pelangi.
Kempen Suapkan saya (1 April 2019)
Rujukan :
http://jbc6003.blogspot.com/2019/04/kotak-pengumpulan-plastik-suapkan-saya.html
2.0 Cara-cara pembuatan
Proses membuat Botol Eco Pelangi Serbaguna
1.Sediakan botol 500/ 600ml.
2.Kumpul, cuci dan keringkan semua beg lastic yang ada.
3.Menguntingkan lastic kepada kepingan yang kecil, kemudian masukkan ke dalam botol.
4. Selepas berisi penuh, gunakan rotan untuk menekan kertas plastik supaya ia tidak kelihatan bertabur-tabur.
3.0 Kos
Projek ini tidak melibatan sebarang kos. Barang yang digunakan semua merupakan bahan kitar semula.
4.0 Ciri-ciri dan fungsi
Kegunaan Botol Eco Pelangi Serbaguna
1. Apa itu botol eco pelangi serbaguna?
Ia adalah botol yang mengisi beg plastik yang tidak boleh dikitar semula untuk kegunaan lain.
2.Apa itu beg plastik yang tidak boleh dikitar semula ?
Beg plastik serbuk cuci baju, beg plastik kopi, 3 in milo, beg plastik makanan ringan , biskut dan sebagainya,
3. Apa kegunaan botol eco serbaguna pelangi?
Untuk menghias pentas, membuat kerusi dan meja, batas bunga.
4. Berapa banyak beg plastik boleh dimasukkan ke dalam satu botol?
Untuk botol 500/600ml boleh mengisi sebanyak 200g beg plastik.
Untuk botol 1.5 liter boleh mengisi sebanyak 500g beg plastik.
Lampiran gambar dan butiran :
1. Botol Eco pelangi digunakan untuk menghias pentas Pertandingan Mendeklamasikan Sajak dalam Bahasa Cina peringkat daerah Pontian.
Butiran rujuk blog:
http://jbc6003.blogspot.com/2019/05/perhiasan-pentas-eco-kitar-semula.html
2.Botol Eco pelangi digunakan untuk menghias pentas Hari Guru.
Butiran rujuk blog: http://jbc6003.blogspot.com/2019/05/perhiasan-pentas-hari-guru-eco-kitar.html
3. Botol Eco Pelangi digunakan untuk menghias taman bunga.
Butiran rujuk blog: http://jbc6003.blogspot.com/2019/06/taman-kelab-kitar-semula-chi-chih.html
4. Kempen Suapkan saya
Butiran rujuk blog: http://jbc6003.blogspot.com/2019/04/kotak-pengumpulan-plastik-suapkan-saya.html
No comments:
Post a Comment