反毒周
KEMPEN MINGGU ANTI DADAH
11/3/2018 - 15/3/2018
Selamat Sejahtera, Salam Sehati Sejiwa dan Salam Muafakat Johor.
Guru-guru yang saya muliakan, murid-murid yang dikasihi serta seluruh warga
sekolah yang dihormati.
Sambutan Mlnggu Anti Dadah diadakan bagi memerangi dadah habis-
habisan daripada terus berleluasa. Saya mengajak semua bagi membebaskan
diri kita dan masyarakat daripada ancaman ddadah, rokok, inhalan, arak,
HIV/AIDS dan vape.
Tema pada tahun ini iaitu Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita
menunjukkan kebersamaan datam merealisasikan hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah Bebas Dadah seterusnya menyahut seruan
kerajaan menjadikan Malaysia Bebas dari Ancaman Dadah.
Senario penagihan terkini amat membimbangkan tanpa mengira
pangkat, pendidikan, bangsa dan agama. Golongan professional dan
berpendidikan tinggi juga didapati semakin ramai terlibat dengan penagihan
dadah ini. Lebih-lebih lagi pelbagai jenis dadah sintetik baharu yang mudah
didapati datam pelbagai kaedah komunikasi.
Murid-murid adalah aset masa depan Negara. Oleh itu mereka perlu
memiliki kualiti yang tinBgi datam apek pemikiran analitik, kritis, kreatif,
seterusnya mampu membuat keputusan datam menyelesaikan pelbagai
masalah negara.
Akhirnya, Marilah berganding bahu menjauhi ancaman dadah. Komuniti Kita,
Tanggungjawab Kita.