Tuesday 26 February 2019

2020/2021年度笨珍峇礼启智学校,一年级新生入学登记 Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2020 & 2021 SJKC CHI CHIH


您为孩子报名了吗?
可到启智学校为20132014年出生的孩子报名

2020/2021年度笨珍启智学校,一年级新生入学登记
日期:1-3-201930-4-2019
时间:8.30am-4pm
地点:学校办公室

2020年度一年级新生:
凡在2-1-2013 1-1-2014出生的孩子
2021年度一年级新生:
凡在2-1-2014 1-1-2015出生的孩子

入学登记所需的文件如下:

1.孩子报生纸(正和副本)
2.疫苗注射记录簿
3.父母亲/监护人身份证
4.父母结婚证书(正和副本)
5.离婚证书(证明孩子抚养权)
6.领养证书(若孩子非亲生)
7./电费单据(以证明确实住址)


SJKC CHI CHIH, Ayer Baloi, Pontian
Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi Persekolahan 2020 & 2021*.

Tarikh:1 Mac 2019 - 30 April 2019
Masa:8.30am-4.00pm
Tempat:Pejabat Sekolah



1. Mohon tuan/puan teliti Kohort Umur anak tuan/puan.
*2020-
Kohort umur tahun1 murid yang lahir pada   2-1-2013 hingga 1-1-2014

*2021-
Kohort umur tahun 1 murid yang lahir pada 2-1-2014 hingga 1-1-2015

2. Saya juga sangat berharap agar tuan/puan dapat sediakan lebih awal semua dokumen penting antaranya :

1. Surat Beranak asal anak
2. Buku Rekod Imunisasi anak (tahun lepas ada yang maklumkan buku ini hilang dsbg nya)
3. Kad Pengenalan Ibu/Bapa/Penjaga
4. Surat Akuan Sumpah (jika ada hak penjagaan oleh datuk@nenek@sesiapa yang berkenaan)
5. Surat Nikah atau
6. Surat Cerai
(Semak hak penjagaan anak yg didaftarkan)
7. Sijil Pengangkatan (bagi anak angkat)
8. Bil air@bil api (untuk membuktikan alamat tempat tinggal terkini)

 Semoga tuan/puan dapat memberikan kerjasama yang baik agar pengurusan pendaftaran anak tuan/puan berjalan lancar.

Terima kasih.



Wednesday 20 February 2019

Projek Inovasi: Mini Baja Kompos 制作迷你堆肥桶

21/2/2019

当有机物质腐烂时,会产生堆肥,并通过土壤生物(蠕虫,蚂蚁,细菌和真菌)进行的热量和呼吸作为营养丰富的成分,称为“腐殖质”。无论什么有机物质,如叶子和食物垃圾都可以堆肥。堆肥的生产可以帮助解决许多环境问题,如果在社区内完成并伴随着许多人。我们日常垃圾废物中有近40%是由蔬菜和其他厨房垃圾组成的。摆脱这种浪费的通常方法是在转储站点中使用这种有用的材料。这种有机物质通过将废物回收到富含营养的腐殖质来使用堆肥。

腐殖质是一种非常好的天然土壤肥料。通过将其与土壤混合,腐殖质可以帮助树木更健康,更美丽,不含化学物质!马来西亚的传统农民和现代种植者都知道要体会堆肥的好处,以丰富土壤和减少浪费。腐殖质还可以帮助修复采石场等地区的土壤。

几乎任何有机材料都可以用作堆肥。可堆肥的成分包括氮和富碳材料,草,蔬菜,果皮,干叶,芫荽帽,蛋壳,纸袋,纸或硬质合金,茶叶,木屑,小骨头,咖啡粉,木屑,动物粪便(牛,鸡,牛,山羊,马,兔),餐桌布(米饭,面包)等。

自然过程一直在堆肥肥料 - 当叶子落到地上,当动物粪便倒下,当所有生物死亡时。大自然有一个特殊的社区,有助于分解这些成分,并将其转化为所有植物的有用营养。这个社区被称为碎屑社区,它包括细菌,真菌和蠕虫。生产堆肥的过程只需要几个基本要素:有机物,土壤生物,水,氧和热。有机废物如叶子,蔬菜和果皮,茶叶,咖啡粉和薄纸可用作堆肥。
割草是堆肥的最佳材料,也会迅速腐烂。其他有机废物如蛋壳,山竹果皮和其他硬质有机物将需要更多时间来腐烂。



Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.



Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar dengan lebih sihat dan lebih cantik TANPA bahan kimia! Petani tradisional dan pemilik ladang moden di Malaysia tahu menghargai kebaikan baja kompos untuk mengkayakan tanah dan mengurangkan bahan buangan. Humus juga boleh membantu membaikpulih tanah di kawasan-kawasan seperti bekas kuari.


Hampir apa sahaja bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan yang boleh dijadikan baja kompos termasuklah bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, rumput, sayur-sayuran, kulit buah-buahan, daun kering, topi mengkuang, kulit telur, beg kertas, kertas atau karbod, daun teh, serpihan kayu, tulang-tulang kecil, serbuk kopi, serbuk papan, najis haiwan (lembu, ayam,lembu, kambing,kuda, arnab), sisa meja makan (nasi, roti) dan sebagainya.

Alam semulajadi memproses baja kompos setiap masa – apabila daun gugur ke tanah, apabila haiwan membuang najis mereka, dan apabila semua makhluk mati. Alam mempunyai komuniti khas yang membantu memecahkan bahan-bahan ini dan menukarnya kepada nutrien yang berguna kepada semua tumbuh-tumbuhan. Komuniti ini dikenali sebagai komuniti detritus, dan ia termasuklah bakteria, kulat dan cacing. Proses penghasilan baja kompos hanya memerlukan beberapa elemen asas: bahan organik, organisma tanah, air, oksigen dan haba. Sisa organik seperti daun, sayur-sayuran dan kulit buah-buahan, daun teh, serbuk kopi dan kertas tisu semuanya boleh dijadikan baja kompos.

Rumput yang telah dipotong adalah bahan terbaik untuk dibuat baja kompos dan ia juga mereput dengan cepat. Sisa organik lain seperti kulit telur, kulit manggis dan bahan organik keras yang lain akan mengambil masa yang lebih untuk mereput.

Organisma tanah juga penting dalam pembuatan baja. Kebanyakan komuniti akan “muncul” perlahan-lahan apabila anda mula melonggokkan bahan ini di tanah。

Terima Kasih Maklumat @Kandang2U.

Objektif
1. Memberi pengenalan baja kompos kepada murid-murid.
2. Mengenali kebaikan baja kompos.
3.Mempelajari cara-cara membuat baja kompos.

Cara-cara pengendalian baja kompos.
1.Sediakan bahan-bahan seperti berikut:
  (a) kulit buah atau buah yang telah masak
  (b)batu kerikil
  (c) tanah
  (d) botol air mineral 5liter

2. Potongkan botol air meneral.

3.Masukkan batu kerikil pada lapisan bawah botol dan diikuti dengan susunan tanah--->kulit buah--->tanah----->kulit buah--->tanah.

4. Simpan baja kompos di tempat berteduh dan pengaliran udara yang baik.


Catatan Baja Kompos


Tarikh Aktiviti
Jumlah Sisa Makanan (kg)
Tarikh baja kompos terhasil
Jumlah Kompos terhasil
20/2/2019
-
1/4/2019
43kg
3/4/19
26kg
Jumlah


26kg
 

Gambar 1: Sediakan bahan-bahan seperti berikut.

Gambar 2: Murid-murid masukkan batu kerikil ke dalam botol air meneral.

Gambar 3: Murid-murid mengeluarkan buah-buahan yang perlu digunakan.



Gambar 4: Murid masukkan tanah selepas batu kerikil.



Gambar 5: Murid masukkan buah-buahan dan kulit buah.


Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti semasa membuat baja kompos.



    



7/3/2019



4/6/2019





Amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle).

Tuesday 19 February 2019

Pemeriksaan dan Rawatan Pergigian 牙齿检查及医疗运动


Klinik kesihatan Pontian telah mengadakan pemeriksaan dan rawatan pergigian di S.J.K.(C) Chi Chih pada 19 Februari 2019. Terdapat 2 jururawat dari klinik kesihatan Pontian telah datang ke S.J.K.(C)Chi Chih untuk memeriksakan dan memberi rawatan pergigian kepada anak murid, dan cara memberus gigi.

笨珍诊所于2019 年2 月19 日在峇礼启智学校举办了牙齿检查及医疗运动。共有2 位来自笨珍诊所的护士替学生们检查牙齿并给与适当的治疗,另外也教导学生如何正确刷牙的方法。
















Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...