Wednesday 6 March 2019

启智学校爱心蘑菇包移交仪式 Majlis Penyerahan Bongkah Cendawan Tiram Kelabu

启智学校爱心蘑菇包移交仪式
Majlis Penyerahan Bongkah Cendawan Tiram Kelabu
3/3/2019

爱心蘑菇包。。。促进亲子关系,学习企业家的精神,一起学习成长。

Keusahawanan merupakan satu bidang yang kini menjadi aspek utama dalam memastikan kemenjadian murid-murid sekolah. Berdasarkan keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia dewasa kini, aspek keusahawanan perlu ditanam di dalam diri setiap murid bahawa lepasan sekolah mampu berdikari dan tidak hanya menanti kerjaya berpendapatan tetap yang semakin sukar diperolehi.

Bak kata pepatah, ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Murid-murid sekolah patut disediakan dengan sifat jati diri yang positif dan berdaya saing, sentiasa bersemangat untuk mencuba dan sanggup mengambil risiko. Keusahawanan adalah satu bidang yang patut dipupuk sehingga sebati dengan diri murid sekolah dan akhirnya lepasan sekolah sendiri menjadi sinonim dengan aktiviti berkaitan dengan keusahawanan.

Justeru, Sekolah Chi Chih merasa terpanggil untuk menyediakan aktiviti Penanaman Cendawan Kelabu yang berteraskan keusahawanan untuk murid-murid.  Aktiviti –aktiviti penanaman cendawan kelabu amat mudah dijalankan dan dapat menghasilkan cendawan kelabu yang boleh dimakan atau dijual kepada orang ramai. Melalui inisiatif Kelab Kitar Semula Sekolah Chi Chih, banyak aktiviti dapat dijalankan sepanjang tahun.

OBJEKTIF:
Pada akhir setiap aktiviti, ahli-ahli Kelab Kitar Semula dijangka dapat:
1. Mempraktikkan ilmu keusahawanan yang mereka pelajari .
2. Membina sifat yakin dan berani berhadapan dengan pelanggan.
3. Meningkatkan pendapatan keluarga ibu bapa murid.
4. Meningkatkan kesedaran cintai alam sekitar di kalangan murid-murid.







Hasil dan Tuaian Cendawan Tiram Kelabu

i. Secara amnya selepas tutup bongkah dibuka, cendawan tiram kelabu akan keluar melalui tutup terbuka itu dalam 4-7 hari.

ii. Selepas dituai, bongkah perlu dikorek untuk mengeluarkan akar2 cendawan tiram kelabu yang tidak dikeluarkan dengan sempurna.Untuk mengorek,anda perlu menggunakan sudu yang telah dinyah kuman samaada dengan membakar sudu atau sudu telah direndam didalam campuran air dan klorox ( satu penutup clorox dicampur dgn 1.5liter air)

Selepas hasil dituai, bongkah perlu ditutup selama sekitar 7 hari untuk merehatkan bongkah.
Nota – Ada juga pengusaha yang tidak menutup semula bongkah dan membiarkan bongkah terbuka.Kelebihan menutup bongkah ialah anda boleh mengawal pengeluaran cendawan tiram kelabu dan masa penuaian.

Selepas 7 hari ditutup,bongkah dibuka semula untuk kitaran dan tuaian kedua.
Secara amnya,bongkah boleh menghasilkan cendawan tiram kelabu selama 3 bulan iaitu dengan 6 kitaran atau tuaian. Jika lebih daripada 3 bulan, itu rezeki anda.

Untuk kitaran dan tuaian pertama,cuma sekitar 50% akan menghasilkan cendawan tertakluk kepada kualiti benih dan cuaca.



收成日

6/3/2019


蚝菇



5/3/2019 收割450克。

7/3/2019

















7/3/2019总共获得2250克(2.25kg)









小小企业家
KEUSAHAWANAN









第一批的收成卖完了。
7/3/2019 收割2250克(2.25kg)。


学生领养的蘑菇包






















No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...