Sempena hari kemerdekaan Malaysia yang ke 64, Kelab kitar semula Chi Chih telah mengadakan Ceramah "Cara pratikkan amalan 3R semasa pandemik Covid-19". Tujuan ceramah ini diadakan untuk menggalakkan murid pratikkan amalan 3R di rumah. Kami telah menjemput En Ka Kai Fong, selaku timbalan pengerusi Lion Club untuk berkongsi ilmu kitar semula dengan murid-murid. Murid-murid sangat aktif memberi respons semasa berinteraksi dengan penceramah. Murid-murid juga aktif berkongsi pengalaman sendiri praktik amalan 3R dengan murid -murid lain. Beliau telah memberikan 5 tips yang murid-murid boleh lakukan di rumah. Antaranya termasuklah elakkan pembaziran makanan, gunakan kedua-dua belah kertas putih, jimatkan penggunaan air dan elektrik , tanam sayur dan guna semula bahan kitar semula. Sebelum ceramah berakhir, guru penasihat kelab iaitu cikgu Liong Ai Ming telah berkongsi dengan murid tentang masyarakat rendah karbon. Beliau juga telah berkongsi beberapa tips kurangkan pelepasan karbon dioksida dalam kehidupan dengan murid. Guru Besar ,Pn Lee Geok Mui mengucapkan ribuan terima kasih kepada penceramah kita iaitu En Ka kerana sudi meluangkan masa untuk memberi ceramah kepada murid-murid. Beliau juga berharap murid-murid dapat belajar sesuatu daripada ceramah tersebut dan pratikkan dalam kehidupan harian. Ceramah ini berakhir pada pukul 3 petang.
No comments:
Post a Comment