Sunday, 28 August 2022

Pelancaran Kempen Elakkan Pembaziran Makanan 光盘行动, 节约粮食


 
Kempen Elakkan Pembaziran Makanan 
Tarikh : 28/8-1/9/22
Semua murid terlibat

Objekti Aktiviti :
1. Mengalakkan murid-murid makan makanan sehingga habis untuk elakkan pembaziran.
2. Mendidik murid menghargai makanan.
3. Memberi peluang kepada murid praktikkan habiskan makanan dalam kehidupan harian.

Kempen ini dijalankan sepanjang seminggu. Di mana guru bertugas akan pergi kanti memantau murid-murid. Murid-murid digalakkan habiskan bekal makanan. Murid yang berjaya habiskan makanan dalam seminggu akan diberi ganjaran.


Cikgu Liong, selaku guru penasihat telah memberi penerangan tentang aktiviti ini. Beliau berharap semua murid dapat berjaya mencapai misi ini. Cikgu Liong juga berharap murid-murid sentiasa bersyukur dan menghargai makanan.

Gambar 1: Guru menerangkan kempen elakkan pembaziran makanan.

Definisi Elakkan  Pembaziran Makanan

Cara elakkan pembaziran makanan.

Sentiasa bersyukur dan menghargai makanan.

Peraduan & syarat kempen elakkan pembaziran makanan.

Berikut merupakan murid-murid yang berjaya habiskan makanan pada hari pertama 28/8/22

Tahniah kepada murid Husnaini, Nur Ainun, Ho Mel Xin  dan Ho Mel Xuan.













Program Hari Terbuka PPD Pontian 笨珍县教育局开放日

 


Tarikh : 26&27 Ogos 2022

Tempat : Dewan Terbuka SMK Dato Penggawa Barat , Pontian

Masa: 8.30 pagi hingga 430 petang


Kelab Kitar Semula Sekolah Chi Chih dengan bangganya dijemput untuk mempamerkan hasil kerja amalan 3R di booth kelestarian sempena Hari Terbuka PPD Pontian. Kira-kira pukul 8 pagi, cikgu Liong , guru penasihat dan cikgu Soon telah berada di booth kelestarian mempamerkan hasil kerja sekolah kepada pengungjung. Pameran ini dikunjungi oleh Tuan PPD, Tuan Haji Abdul Rahman bin Saleh dan pegawai-pegawai PPD, guru-guru besar ,guru-guru ,ibu bapa dan murid-murid.


Kami telah mempamerkan kasut milo, botol eco pelangi, eco enzim, tong baja kompos dan buku laporan aktiviti pertandingan perkiss kepada para pengunjung.  Di samping itu , kami juga telah menyediakan booklet  dan tanda buku kepada para pengunjung. 


Satu aktiviti yang baik, murid-murid dan guru-guru juga dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman aktiviti 3R. Pihak kami juga berharap sekolah-sekolah lain dapat mengalakkan dan mempromosikan aktiviti-aktiviti 3R kepada murid-murid. Marilah kita sama-sama mencintai alam sekitar.

Gambar 1: Murid sekolah rendah berminat dengan aktiviti Eco Enzim.

Gambar 2: Cikgu Liong menerangkan botol eco pelangi.

Gambar 3: Cikgu Liong menerangkan cara membuat eco enzim kepada pelajar SMK.

Gambar 4A: Warga Chi chih bergambar dengan Tuan PPD, Tuan Haji Abdul Rahman bin Saleh .

Gambar 4B: Tuan PPD melihat hasil aktiviti 3R di booth kelestarian.

Gambar 5: Cikgu Liong memperkenalkan aktiviti 3R kepada para pengunjung.

Gambar 6: Booth Kelestarian Chi Chih.


Gambar7 : Warga Chi Chih bergambar dengan guru besar dan guru-guru sek lain.

Gambar 8: Cikgu Liong dan Cikgu Soon mempamerkan hasil aktiviti 3R.

Gambar 9 : Ibu bapa/ Penjaga berminat dengan album projek penanaman cendawan tiram kelabu.














  

Wednesday, 24 August 2022

Tayangan Video Kesedaran 3R环保电影分享会


 Tayangan Video Kesedaran 3R

环保电影分享会
24/8/2022 Rabu
Masa : 115petang-215petang

Sempena bulan kitar semula, kelab kitar semula mengadakan tayangan video kesedaran kurangkan penggunaan plastik dan straw kepada murid-murid. Murid-murid dijemput hadir ke bilik tayangan menonton video kartun tersebut. Satu sesi perbincangan telah diadakan selepas tayangan video.

Murid-murid dididik kurangkan penggunaan plastik dalam kehidupan harian.
Antara cara-cara kurangkan penggunaan plastik dan straw adalah seperti berikut:
1. bawa beg hijau semasa mengunjungi pasar raya.
2. tidak guna straw semasa minum.
3.sentiasa bawa bekal makanan semasa bungkus di kedai atau restoran.

Akhir aktiviti , murid-murid berjanji akan membawa beg hijau semasa mengunjungi pasar raya.


Gambar 1: Murid menonton tayang video.

Gambar 2

Gambar 2&3 : Murid menulis refleksi selepas tayangan video.

Gambar 4: Sesi perbincangan.










Sunday, 21 August 2022

Aktiviti kraftangan bahan kitar semula sempena bulan kemerdekaan

            Aktiviti kraftangan bahan kitar semula sempena bulan kemerdekaan


                                                                  Tarkih :21 Ogos 2022

                Sempena bulan kemerdekaan murid-murid tahap 1 menggunakan kotak dan kertas (guna semula) untuk membuat kraftangan.

                                                   

Gambar1 : Murid melekat bunga raya pada kad kotak .



                                           Gambar 2: Murid menggunting hasil kerja.


Gambar 3: Murid mewarna bunga raya.

Gambar 4: Murid menunjukkan hasil masing-masing.

Link Facebook:
<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fpermalink.php%3Fstory_fbid%3Dpfbid0nBHTqrggJ2WLzE1Pqif3s5rYvmTTFBGuSzxHa63rcKNcnsc3LnHC8io2dqqFGXM9l%26id%3D101188878448583&show_text=true&width=500" width="500" height="709" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>


Monday, 15 August 2022

Bulan Kitar Semula Kempen Kesedaran Cintai Alam Sekitar

 Kempen Kesedaran Cintai Alam Sekitar

Tarikh : 8/8- 14/8/22


Kempen Cintai Alam Sekitar 7 hari, di mana pihak kelab kitar semula akan mempamerkan cara-cara menjaga alam sekitar selama 7 hari untuk mendidik warga Chi Chih dan ibu bapa serta masyarakat. 

Antara caranya adalah seperti berikut:


            




       


      


Perkongsian Video murid












Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...