Sunday 28 August 2022

Program Hari Terbuka PPD Pontian 笨珍县教育局开放日

 


Tarikh : 26&27 Ogos 2022

Tempat : Dewan Terbuka SMK Dato Penggawa Barat , Pontian

Masa: 8.30 pagi hingga 430 petang


Kelab Kitar Semula Sekolah Chi Chih dengan bangganya dijemput untuk mempamerkan hasil kerja amalan 3R di booth kelestarian sempena Hari Terbuka PPD Pontian. Kira-kira pukul 8 pagi, cikgu Liong , guru penasihat dan cikgu Soon telah berada di booth kelestarian mempamerkan hasil kerja sekolah kepada pengungjung. Pameran ini dikunjungi oleh Tuan PPD, Tuan Haji Abdul Rahman bin Saleh dan pegawai-pegawai PPD, guru-guru besar ,guru-guru ,ibu bapa dan murid-murid.


Kami telah mempamerkan kasut milo, botol eco pelangi, eco enzim, tong baja kompos dan buku laporan aktiviti pertandingan perkiss kepada para pengunjung.  Di samping itu , kami juga telah menyediakan booklet  dan tanda buku kepada para pengunjung. 


Satu aktiviti yang baik, murid-murid dan guru-guru juga dapat berinteraksi dan berkongsi pengalaman aktiviti 3R. Pihak kami juga berharap sekolah-sekolah lain dapat mengalakkan dan mempromosikan aktiviti-aktiviti 3R kepada murid-murid. Marilah kita sama-sama mencintai alam sekitar.

Gambar 1: Murid sekolah rendah berminat dengan aktiviti Eco Enzim.

Gambar 2: Cikgu Liong menerangkan botol eco pelangi.

Gambar 3: Cikgu Liong menerangkan cara membuat eco enzim kepada pelajar SMK.

Gambar 4A: Warga Chi chih bergambar dengan Tuan PPD, Tuan Haji Abdul Rahman bin Saleh .

Gambar 4B: Tuan PPD melihat hasil aktiviti 3R di booth kelestarian.

Gambar 5: Cikgu Liong memperkenalkan aktiviti 3R kepada para pengunjung.

Gambar 6: Booth Kelestarian Chi Chih.


Gambar7 : Warga Chi Chih bergambar dengan guru besar dan guru-guru sek lain.

Gambar 8: Cikgu Liong dan Cikgu Soon mempamerkan hasil aktiviti 3R.

Gambar 9 : Ibu bapa/ Penjaga berminat dengan album projek penanaman cendawan tiram kelabu.














  

No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...