Saturday, 24 June 2023

Diari Cendawan Tiram Kelabu Saya 我的蘑菇种植日记



  




    

Tarikh aktiviti 25.5.23~25.6.23

活动宗旨:
Objektit projek:
1 培养学生的耐心。
melahirkan murid yang penyabar.
2 提升学生对种植蘑菇包的认识。
meningkatkan pengetahuan murid tentang pertumbuhan cendawan tiram kelabu.
3 让学生与家长能进行互动。
dapat berinteraksi bersama ibu bapa.
4.
dapat berkongsi pengalaman masing-masing bersama rakan dan

Kelab kitar semula Chi Chih telah mengadakan satu projek penanaman cendawan tiram kelabu. Projek ini merupakan aktiviti tahunan kelab, di mana murid-murid akan diberikan taklimat untuk menjaga bongkah cendawan ini sehingga menuai hasilnya.
启智学校环保学会日前进行了蘑菇包种植计划。此计划属于本校常年活动。 学生把校方分配的蘑菇包带回家与家长们一同照顾。


Murid-murid menjaga cendawan tiram kelabu dengan baik. Mereka telah mengambil masa sekurang-kurangnya seminggu untuk menuai hasil cendawan. Berikut merupakan hasil kerja murid-murid. Murid-murid telah menulis refleksi masing-masing dalam projek ini.
学生们都把自己的蘑菇包种植得很好。他们大约使用了一个星期来种植到收割。有者更是经历了第5次的蘑菇包收割。通过这项活动,学生能够与家长们进行互动,并一起照顾蘑菇包。是个非常好的亲子活动。

Selain itu, satu perkongsian juga telah dijalankan antara guru dengan murid. Dimana murid berkongsi pengalaman masing-masing di depan rakan-rakan.
此外,本学会负责老师也与同学们进行了一场蘑菇包种植分享会。 学生们各自前来分享自己种植蘑菇包的心得与问题,然后再记录自己的心得在小贴纸上。
       




         





























                                      





Tuesday, 13 June 2023

AKTIVITI DIY PEMEGANG PEN 我的3R笔筒

 

Objektif aktiviti:活动宗旨

1.Murid menggunakan bahan terpakai untuk menghasilkan produk baru (pemegang pen)

学生使用旧物来制作笔筒。

2.Murid menggunakan kreativiti masing-masing untuk menghasilkan pemegang pen.

学生发挥各自创意设计笔筒。

3.Menyedari kepentingan menjaga alam sekitar dengan mengurangkan sampah.

提升学生对环境保护的醒觉-减少垃圾。


Murid-murid menggunakan bahan kitar semula untuk membuat pemegang pen.Antara bahan kitar semula yang digunakan adalah seperti berikut:

学生使用回收物品来制作笔筒。回收物品如:

1)kertas warna yang tinggal ( selepas diguna pakai pada masa lalu )用剩的颜色纸

2) reben hadiah daripada hadiah yang diterima 礼物彩带(使用过的)

3) barang-barang hiasan program Jom Lestari 布置活动剩下的摆设材料


Murid-murid menggunakan kreativiti masing-masing menghasilkan pemegang pen. Aktivit ini menggunakan masa 1jam. Selepas siap hasil karya, guru mengadakan refleksi bersama murid tentang kepentingan alam sekitar.

学生各自发挥自己的创意制作笔筒。大约一个小事便完成。作品完成后,师生一同反思。教师从中带出每人都必须保护环境,而这次通过此活动,我们可以减少垃圾。



Gambar 1 


Gambar 2


Gambar 1&2 : Murid-murid sedang menggunakan bahan terpakai menghasilkan pemegang pen.

Gambar 3: Guru membimbing murid-murid membuat pemegang pen.



Gambar 4: Murid-murid berkongsi idea masing-masing.

Gambar 5: Hasil karya murid-murid


Gambar 6: Sesi bergambar selepas program



Gambar-gambar lain
















Ingin mengetahui lebih lanjut, kunjungi facebook kami di pautan berikut

https://www.facebook.com/photo?fbid=817100306609398&set=pcb.817100813276014

Saturday, 10 June 2023

Tadahan Air Hujan 雨水收集区

 


Aktiviti pengumpulan air hujan juga merupakan satu usaha pihak sekolah untuk menjimatkan penggunaan air sekolah. Tangki ini mampu menyimpan 150 gallon air.
Tukang bersih sekolah menggunakan air hujan untuk mencuci lantai dan menyiram pokok bunga.Guru besar, Pn Lee menyokong aktiviti ini. Dengan penggunaan air hujan yang dikumpul dapat menjimatkan penggunaan air sekolah sebanyak 10-15%. Bersama-sama kita menjadi masyarakat rendah karbon demi bumi tercinta.

校工们使用雨水来洗地和浇花。李校长非常支持这项雨水收集活动,通过此活动,本校可以节省至少10-15%的用水量。









Wednesday, 7 June 2023

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Lestari教师专业学习共同体 - Lindungi hutan paya bakau kita (save our mangroves now) 一起保护红树林

                                         


Tarikh 日期: 7 Jun 2023( Rabu)

Tempat地点: Jalan Bakek Kampung Atap, Pontian


Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Lestari教师专业学习共同体 - Lindungi hutan paya bakau kita (save our mangroves now) 一起保护红树林

Topik yang dibincangkan  讨论课题

🌿Pengenalan jenis pokok dalam hutan paya bakau红树林的种类

 🌿  Kepentingan Hutan Paya Bakau 红树林的重要性

🌿Cara mencelup kain dengan batang paya bakau红树皮染布

 🌿Cara memelihara dan memulihara hutan paya bakau 修复&保护红树林

🌿Kegunaan Paya Bakau红树的用处

Guru penggerak sebagai agen perubahan dunia pendidikan.  Sebagai warga pendidik, kita perlu penuhi ilmu dan belajar dari semasa ke semasa. 

Tujuan PLC ini diadakan untuk

i) meningkatkan tahap profesionalisme guru dalam ilmu pendidikan alam sekitar.

ii) meningkatkan kesedaran guru-guru tentang kepentingan menjaga hutan paya bakau.

iii)dapat menyampaikan ilmu pendidikan alam sekitar kepada anak murid dengan lebih effisien. 


Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan cara pemporsesan celup kain dengan batang bakau. Di mana pemilik Encik Beng akan mendapatkan batang bakau yang telah diproses dalam "kiln" untuk dijadikan bahan utama dalam celup kain. (bukan dari hutan payau bakau ).

Untuk pengetahuan guru-guru, pokok bakau yang berumur lebih 20 tahun akan ditebang dan dibakar.Hal ini kerana pokok-pokok bakau yang telah tua ,pertumbuhannya semakin sempit akan menyebabkan muara sungai semakin sempit.  Kita akan tanam semula pokok-pokok bakau untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Pemilik Encik Beng mengambil batang pokok bakau tua (guna semula) untuk dijadikan bahan celup kain. Kulit pokok bakau akan direndam dengan air dan garam selama sebulan. Kemudian air ini akan digunakan untuk mencelup kain. Kain akan direndamkan selama 20-30minit. Kemudian akan disidaikan di tempat ampaian. Kain-kain yang telah siap akan digunakan untuk membuat bag atau pakaian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran manusia tentang kepentingan memelihara hutan payah bakau.

Kira-kira 1jam kemudian, kami pun memulakan sesi perbincangan. Di mana, guru-guru dapat berkongsi pengalaman tentang kepentingan hutan payau bakau. 

Topik yang dibincangkan  讨论课题

🌿Pengenalan jenis pokok dalam hutan paya bakau红树林的种类

 🌿  Kepentingan Hutan Paya Bakau 红树林的重要性

🌿Cara mencelup kain dengan batang paya bakau红树皮染布

 🌿Cara memelihara dan memulihara hutan paya bakau 修复&保护红树林

🌿Kegunaan Paya Bakau红树的用处


         

Gambar 1: Batang bakau  yang digunakan untuk mencelup kain.浸泡棉布在盆里。

       

 Gambar 2&3 : Pemprosesan mencelup kain . 染布制作过程。


      

Gambar 4&5 : Pemilik  En Beng menerangkan pemprosesan mencelup kain dengan batang bakau.


      

Gambar 6&7 : Pemilik memberikan taklimat ringkas tentang penghasilan sehelai baju atau beg dengan kain yang dicelup.


Gambar 8: Hasil celupan kain.  

 

Gambar 9: Guru-guru melihat hasil celupan kain.


   
Gambar 10&11 : Sesi perbincangan bermula. Guru-guru memberikan pendapat masing-masing tentang pemeliharaan dan pemuliharaan hutan payah bakau.
























































Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...