Wednesday 7 June 2023

Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Lestari教师专业学习共同体 - Lindungi hutan paya bakau kita (save our mangroves now) 一起保护红树林

                                         


Tarikh 日期: 7 Jun 2023( Rabu)

Tempat地点: Jalan Bakek Kampung Atap, Pontian


Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Lestari教师专业学习共同体 - Lindungi hutan paya bakau kita (save our mangroves now) 一起保护红树林

Topik yang dibincangkan  讨论课题

🌿Pengenalan jenis pokok dalam hutan paya bakau红树林的种类

 🌿  Kepentingan Hutan Paya Bakau 红树林的重要性

🌿Cara mencelup kain dengan batang paya bakau红树皮染布

 🌿Cara memelihara dan memulihara hutan paya bakau 修复&保护红树林

🌿Kegunaan Paya Bakau红树的用处

Guru penggerak sebagai agen perubahan dunia pendidikan.  Sebagai warga pendidik, kita perlu penuhi ilmu dan belajar dari semasa ke semasa. 

Tujuan PLC ini diadakan untuk

i) meningkatkan tahap profesionalisme guru dalam ilmu pendidikan alam sekitar.

ii) meningkatkan kesedaran guru-guru tentang kepentingan menjaga hutan paya bakau.

iii)dapat menyampaikan ilmu pendidikan alam sekitar kepada anak murid dengan lebih effisien. 


Aktiviti ini dimulakan dengan pengenalan cara pemporsesan celup kain dengan batang bakau. Di mana pemilik Encik Beng akan mendapatkan batang bakau yang telah diproses dalam "kiln" untuk dijadikan bahan utama dalam celup kain. (bukan dari hutan payau bakau ).

Untuk pengetahuan guru-guru, pokok bakau yang berumur lebih 20 tahun akan ditebang dan dibakar.Hal ini kerana pokok-pokok bakau yang telah tua ,pertumbuhannya semakin sempit akan menyebabkan muara sungai semakin sempit.  Kita akan tanam semula pokok-pokok bakau untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Pemilik Encik Beng mengambil batang pokok bakau tua (guna semula) untuk dijadikan bahan celup kain. Kulit pokok bakau akan direndam dengan air dan garam selama sebulan. Kemudian air ini akan digunakan untuk mencelup kain. Kain akan direndamkan selama 20-30minit. Kemudian akan disidaikan di tempat ampaian. Kain-kain yang telah siap akan digunakan untuk membuat bag atau pakaian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran manusia tentang kepentingan memelihara hutan payah bakau.

Kira-kira 1jam kemudian, kami pun memulakan sesi perbincangan. Di mana, guru-guru dapat berkongsi pengalaman tentang kepentingan hutan payau bakau. 

Topik yang dibincangkan  讨论课题

🌿Pengenalan jenis pokok dalam hutan paya bakau红树林的种类

 🌿  Kepentingan Hutan Paya Bakau 红树林的重要性

🌿Cara mencelup kain dengan batang paya bakau红树皮染布

 🌿Cara memelihara dan memulihara hutan paya bakau 修复&保护红树林

🌿Kegunaan Paya Bakau红树的用处


         

Gambar 1: Batang bakau  yang digunakan untuk mencelup kain.浸泡棉布在盆里。

       

 Gambar 2&3 : Pemprosesan mencelup kain . 染布制作过程。


      

Gambar 4&5 : Pemilik  En Beng menerangkan pemprosesan mencelup kain dengan batang bakau.


      

Gambar 6&7 : Pemilik memberikan taklimat ringkas tentang penghasilan sehelai baju atau beg dengan kain yang dicelup.


Gambar 8: Hasil celupan kain.  

 

Gambar 9: Guru-guru melihat hasil celupan kain.


   
Gambar 10&11 : Sesi perbincangan bermula. Guru-guru memberikan pendapat masing-masing tentang pemeliharaan dan pemuliharaan hutan payah bakau.
























































No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...