Sunday 13 August 2023

Go Green Keceriaan Taman Bunga Sempena Sambutan Kemerdekaan 绿化校园活动

 


Tarikh :13 Ogos hingga 31 Ogos 2023
Tempat: Sekitar Taman Bunga Chi Chih

Kelab Kitar Semula Chi Chih telah menjalankan kecerian taman bunga sempena hari kemerdekaan. Pelbagai bahan kitar semula telah digunakan untuk menceriakan taman bunga. Melalui aktiviti kutipan barang rosak, kami telah berjaya mengumpul beberapa alatan dapur dan perabot untuk keceriaan aktiviti tahun ini. Di samping itu, kami juga mengambil kesempatan untuk menyertai Pertandingan Go Green Keceriaan Taman Bunga yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Pontian. Guru Besar, Pn Lee Hwee Ngo telah mengetuai guru, kakitangan pembersih sekolah dan murid-murid untuk menjalankan aktiviti kecerian pada kali ini.


Objektif program :
1. Memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan murid-murid dengan hiasan taman bunga.
2 Menggunakan bahan kitar semula(dari aktiviti kutipan barang rosak ) untuk menghias taman bunga.
3. Memupuk semangat berpasukan semasa menjalankan aktiviti keceriaan ini.
4. Memberi peluang kepada murid untuk menggunakan idea masing-masing dalam menghias taman bunga ini.


    
Aktiviti Kutipan barang rosak atau terpakai dijalankan sepanjang tahun dengan tujuan memberi nafas baru kepada barang- barang terpakai dan mengurangkan sampah di persekitran kita.



  
        Gambar 1                                                       Gambar 2

Gambar 1 : Guru besar naik tangga menaikkan bendera jalur gemilang.
Gambar 2: Murid-murid membantu menaikkan bendera.

                         Gambar 3                                             Gambar 4

Gambar 3: Murid meletakkan baja pada pokok.
Gambar 4: Murid membantu mengantungkan hiasan pada taman bunga.



                             
                                                              Gambar 5
Gambar 5 : Murid-murid bergambar bersama guru dan guru besar.


 
               Gambar 6                                                    Gambar 7

Gambar 6 :  Bendera jalur gemilang yang diperbuat daripada kulit buah-buahan.
Gambar 7: Ibu murid yang membuat jalur gemilang ini.


Gambar-gambar lain semasa aktiviti dijalankan.

  



  



  



 
















Antara bahan-bahan yang kita kumpul daripada ibu bapa adalah seperti berikut:



Polistrena yang tidak diguna lagi.

Radio yang telah rosak.


Bakul yang telah rosak.


Alat mainan kereta yang telah rosak.

Cakera padat yang telah rosak.

Penutup cawan seramik


Alat elektrik yang telah rosak


Cawan yang telah retak.

Alat pengasah tulis yang telah rosak

  
                                     Periuk nasi yang telah rosak

telefon awam yang telah rosak

Kasut terpakai






















  

















No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...