Sunday, 10 June 2018

Aktiviti Membuat Baja Kompos 制作堆肥



Baja kompos terhasil apabila bahan organik mereput dan pecah kepada bahan yang kaya dengan nutrien yang dipanggil “humus” melalui haba dan respirasi yang dilakukan oleh organisma dalam tanah (cacing, semut, bakteria dan kulat). Apa-apa sahaja bahan organik, contohnya daun dan sisa makanan boleh menjadi baja kompos. Pembuatan baja kompos dapat membantu menyelesaikan banyak masalah alam sekitar jika dilakukan dalam sesebuah komuniti dan disertai oleh ramai individu. Hampir 40 peratus daripada sampah sarap di rumah kita setiap hari terdiri daripada sayur-sayuran dan sisa dapur yang lain. Cara yang biasa dilakukan untuk menghapuskan sampah ini ialah dengan melonggokkan bahan yang berguna ini di tempat pembuangan sampah. Pembuatan baja kompos menggunakan bahan organik ini dengan mengitar semula sampah kepada humus yang kaya dengan nutrien.



Humus ialah baja tanah natural yang sangat baik. Dengan mencampurkannya dengan tanah, humus boleh membantu pokok membesar dengan lebih sihat dan lebih cantik TANPA bahan kimia! Petani tradisional dan pemilik ladang moden di Malaysia tahu menghargai kebaikan baja kompos untuk mengkayakan tanah dan mengurangkan bahan buangan. Humus juga boleh membantu membaikpulih tanah di kawasan-kawasan seperti bekas kuari.



Hampir apa sahaja bahan organik boleh dijadikan baja kompos. Bahan-bahan yang boleh dijadikan baja kompos termasuklah bahan yang kaya dengan nitrogen dan karbon, rumput, sayur-sayuran, kulit buah-buahan, daun kering, topi mengkuang, kulit telur, beg kertas, kertas atau karbod, daun teh, serpihan kayu, tulang-tulang kecil, serbuk kopi, serbuk papan, najis haiwan (lembu, ayam,lembu,KAMBING,kuda, arnab), sisa meja makan (nasi, roti) dan sebagainya.



Alam semulajadi memproses baja kompos setiap masa – apabila daun gugur ke tanah, apabila haiwan membuang najis mereka, dan apabila semua makhluk mati. Alam mempunyai komuniti khas yang membantu memecahkan bahan-bahan ini dan menukarnya kepada nutrien yang berguna kepada semua tumbuh-tumbuhan. Komuniti ini dikenali sebagai komuniti detritus, dan ia termasuklah bakteria, kulat dan cacing. Proses penghasilan baja kompos hanya memerlukan beberapa elemen asas: bahan organik, organisma tanah, air, oksigen dan haba. Sisa organik seperti daun, sayur-sayuran dan kulit buah-buahan, daun teh, serbuk kopi dan kertas tisu semuanya boleh dijadikan baja kompos.


Rumput yang telah dipotong adalah bahan terbaik untuk dibuat baja kompos dan ia juga mereput dengan cepat. Sisa organik lain seperti kulit telur, kulit manggis dan bahan organik keras yang lain akan mengambil masa yang lebih untuk mereput.

Organisma tanah juga penting dalam pembuatan baja. Kebanyakan komuniti akan “muncul” perlahan-lahan apabila anda mula melonggokkan bahan ini di tanah。

Terima Kasih Maklumat @Kandang2U.

11/6/2018



















No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...