Saturday 9 June 2018

启智学校西洋棋培训营 KEM CATUR SJKC CHI CHIH

启智学校西洋棋培训营
KEM CATUR SJKC CHI CHIH
10/6/2018 - 11/6/2018
培训员:徐锦毅
(笨珍县学联西洋棋代表)
JURULATIH:
SOO JIN YEE
 (PEMAIN CATUR MSSD DAERAH PONTIAN)


SJK(C) Chi Chih telah memilih permainan catur sebagai salah satu kebitaraan sekolah. Sehubungan itu kelab catur sekolah mengambil inisiatif mengadakan kem catur bagi pelajar sekolah. 

Antaranya ialah memperkembangkan kebolehan pemerhatian, memori, pengetahuan dan analisis kepada pembesaran setiap individu. Oleh itu, wajarlah aktiviti sebegini diadakan untuk pelajar-pelajar bagi mengaplikasikan di dalam kehidupan mereka dan seterusnya menjadi pemain catur yang cemerlang, gemilang dan terbilang sehingga di peringkat sekolah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.





OBJEKTIF:

1. Menggerak minat permainan catur di dalam diri para pelajar SJK(C) Chi Chih.
2. Mencungkil bakat-bakat baru yang berkebolehan bermain catur untuk mewakili sekolah di dalam pertandingan peringkat zon.
3. Melatih pelajar bermain catur secara sistematik sehingga yang lebih tinggi dalam setiap pertandingan catur.
4. Membentuk akses kendiri, persaingan sihat dan kerjasama di kalangan pemain catur.



Adalah diharapkan dengan adanya program seumpama ini dapat   menarik minat  pelajar terhadap permainan catur dan seterusnya merealisasikan harapan sekolah iaitu melahirkan pemain-pemain catur yang cemerlang, gemilang dan terbilang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Cita-cita murni ini akan tercapai dengan adanya sokongan padu dari pihak pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa serta para pelajar.
























No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...