Tuesday 1 January 2019

PANDUAN JADUAL KEDATANGAN MURID


PANDUAN JADUAL KEDATANGAN MURID

1.    Tulis nama pelajar lelaki di atas dan perempuan di bawah, mengikut abjad. Nama pelajar ditulis dengan  lengkap. Buku Jadual Kedatangan ini mesti ditulis dengan dakwat hitam.

2.   Nama pelajar yang baru masuk ditulis di bawah sekali, tidak kira lelaki atau perempuan. Lengkapkan    MAKLUMAT PELAJAR dan MAKLUMAT PENJAGA berdasarkan Borang Maklumat Peribadi Pelajar  sebelum akhir Januari. Setelah siap, serahkan Borang Maklumat Peribadi Pelajar kepada Guru Pendaftaran / Penyelaras Darjah. Buku ni mesti dikemaskinikan dan masa ke semasa.

3.   Dapatkan Nombor Pendaftaran Pelajar daripada Guru Pendaftaran / Penyelaras Darjah.

4.     KUTIPAN WANG :-

4.1          Ruangan KUTIPAN WANG adalah untuk merekod kutipan yuran sahaja.

4.2          Kutipan wang yang lain seperti  derma PIBG dan sebagainya direkod dalam Buku Rekod Mengajar Guru Kelas.

4.3          Untuk Kutipan Yuran Khas, buat pecahan ikut resit bayaran seperti  Permainan / Sukan,  MSSS / MSSP, Peperiksaan Dalaman, Kokurikulum dan Insuran Takaful.

4.4          Nombor resit Yuran Khas ditulis sekali sahaja.

5.     KEDATANGAN

5.1          Tandakan seperti berikut pada buku kedatangan:
/            Hadir
0           Tidak Hadir
L           Datang Lewat
S          Tidak Hadir Bersurat / Cuti Sakit
P           Ponteng Sekolah
W          Dikira Hadir, Pelajar mewakili sekolah dalam satu-satu aktiviti kokurikulum
G           Gantung Sekolah

5.2          Kedatangan murid-murid mestilah ditandakan oleh guru kelas atau guru yang mengajar masa pertama pada tiap-tiap hari persekolahan. Sekiranya guru berkenaan tidak hadir ianya mesti ditanda oleh guru ganti. Buku Jadual Kedatangan ni mestilah ditutup selewat-lewatnya satu jam sesudah dimulakan belajar, kemudian dihantar ke pejabat.

6.     PELAJAR KELUAR / TIDAK HADIR

6.1          Sekiranya ada pelajar yang keluar, jangan garis / potong namanya. Catatkan Bertukar ke Kelas.... / Bertukar ke SJK.... / Berhenti Sekolah / Buang Sekolah. Keluarkan namanya pads bulan yang berikutnya.

7.     Lengkapkan ruang ANALISIS MENGIKUT KAUM dan ANALISIS KEDATANGAN pads setiap hujung   bulan.

8.     Untuk bulan Disember, tulis nama pelajar dan catatkan CUTI AKHIR TAHUN, Hari kelepasan hendaklah ditandakan dengan satu garisan lurus sepanjang-panjang ruangan itu. Jika hari kelepasan itu panjang, hendaklah ditulis “CUTI” melintang.

9.     Buku Jadual Kedatangan TIDAK DIBENARKAN DIBAWA KELUAR DARI PEJABAT kecuali hujung bulan.

10.  Tindakan terhadap kes ponteng sekolah :-
Surat
Hari Tidak Hadir (P)
Berturut-turut
Hari Tidak Hadir (P) Bukan
Berturut-turut
Amaran Pertama
Pada hari ke-3
Pada hari ke-10
Amaran Kedua
7 hari selepas Amaran Pertama
10 hari selepas Amaran Pertama
Amaran Keakhir
7 hari selepas Amaran Kedua
20 hari selepas Amaran Kedua
Buang Sekolah
14 hari selepas Amaran Terakhir
20 hari selepas Amaran Terakhir
Jumlah Hari Tidak Hadir
31 Hari
60 Hari

 Catatan :-
a) Dianggap tidak hadir sekiranya pelajar balik sebelum waktu ketiga dengan kebenaran.
b) Dianggap hadir kerana mewakili sekolah untuk aktiviti kokunikulum.

11. Guru Kelas bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan, kekemasan dan keselamatan Buku Jadual Kedatangan. Sekiranya berlaku kesilapan menulis, jangan dipadamkan,tetapi hendaklah dipotong yang salah dan ditulis yang betul di atasnya.

12. Guru Kelas tidak dibenarkan mengarahkan pelajar mengambil Buku Jadual Kedatangan Pelajar di pejabat. Sekiranya Buku Jadual Kedatangan Pelajar hilang, guru akan menanggung risikonya.

13. JANGAN GUNAKAN LIQUID PAPER ATAU BLANKO UNTUK MEMADAM KESALAHAN, BETULKAN DENGAN MENGGARISKAN KESALAHAN DAN TURUNKAN TANDATANGAN. HATI-HATI DAN BERILAH SEPENUH TUMPUAN SEMASA MENULIS ATAU MENGURUSKAN BUKU KEDATANGAN MURID.

14. JANGAN MENAMPAL KERTAS DI ATAS BUKU KEDATANGAN BAGI MEMBETULKAN KESALAHAN DAN SETIAP MAKLUMAT ADALAH BERTULIS BUKANNYA DICETAK DAN DITAMPAL.

15. Buatkan sampul / poket dibelakang buku bagi menyimpan resit bayaran yuran dan surat cuti sakit serta surat sebab murid tidak hadir.

6. PENGIRAAN
14.1 Purata kedatangan ialah jumlah kedatangan munid-munid itu semuanya dibahagi dengan jumlah hari persekolahan kepada angka genap yang hampir sekali.

14.2 Purata ramai murid ialah jumlah ramai murid-murid itu semuanya dibahagi dengan jumlah hari persekolahan, kepada angka genap yang hampir sekali.

14.3 Peratus Kedatangan ialah jumlah kedatangan murid dibahagikan dengan jumlah murid yang sepatutnya hadir dan didarabkan dengan 100.


No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...