Monday, 21 January 2019

种植蘑菇计划 Projek Penanaman Cendawan Tiram

#perkiss2019
#amalan3R

种植蘑菇计划
Projek Penanaman Cendawan Tiram
20/1/2019

Keusahawanan merupakan satu bidang yang kini menjadi aspek utama dalam memastikan kemenjadian murid-murid sekolah. Berdasarkan keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia dewasa kini, aspek keusahawanan perlu ditanam di dalam diri setiap murid bahawa lepasan sekolah mampu berdikari dan tidak hanya menanti kerjaya berpendapatan tetap yang semakin sukar diperolehi.

Bak kata pepatah, ibarat menunggu buah yang tidak gugur. Murid-murid sekolah patut disediakan dengan sifat jati diri yang positif dan berdaya saing, sentiasa bersemangat untuk mencuba dan sanggup mengambil risiko. Keusahawanan adalah satu bidang yang patut dipupuk sehingga sebati dengan diri murid sekolah dan akhirnya lepasan sekolah sendiri menjadi sinonim dengan aktiviti berkaitan dengan keusahawanan.

Justeru, Sekolah Chi Chih merasa terpanggil untuk menyediakan aktiviti Penanaman Cendawan Kelabu yang berteraskan keusahawanan untuk murid-murid.  Aktiviti –aktiviti penanaman cendawan kelabu amat mudah dijalankan dan dapat menghasilkan cendawan kelabu yang boleh dimakan atau dijual kepada orang ramai. Melalui inisiatif Kelab Kitar Semula Sekolah Chi Chih, banyak aktiviti dapat dijalankan sepanjang tahun.

OBJEKTIF:
Pada akhir setiap aktiviti, ahli-ahli Kelab Kitar Semula dijangka dapat:
1. Mempraktikkan ilmu keusahawanan yang mereka pelajari .
2. Membina sifat yakin dan berani berhadapan dengan pelanggan.
3. Meningkatkan pendapatan keluarga ibu bapa murid.
4. Meningkatkan kesedaran cintai alam sekitar di kalangan murid-murid



Peringkat 1: Taklimat Penanaman Cendawan Tiram Kelabu
20/1/2019
Guru besar menerangkan cara-cara penanaman cendawan kepada murid-murid..


Cendawan yang bernas.

Guru besar mendemonstrasikan cara spray air pada bongkah cendawan.

Murid-murid buka bongkah cendawan.




Murid-murid mendengar cara-cara menjaga bongkah cendawan.

通过种植蘑菇,学生可以了解如何给蘑菇创造理想的生长环境、照顾生长中的蘑菇,以及如何在蘑菇长成、可以食用的时候采摘蘑菇。
通过这个活动 ,校长也希望能让培养学生们的责任感、自立自信、爱心、细心与耐心,也培养学生集中注意力,持之以恒有毅力,进而培养学生良好的行为习惯。培养学生良好的行为习惯的意义,一个人的习惯对他一生有决定性的作用,习惯决定命运

Melalui aktiviti pennanaman cendawan tiram kelabu ini, murid boleh mengenali kitaran pertumbuhan cendawan tiram kelabu. Guru besar juga berharap melalui aktiviti ini dapat memupuk sikap tanggungjawab dan kesabaran murid.


Peringkat 2: Menjaga cendawan tiram kelabu
22/1/2019


Murid-murid spray air pada cendawan tiram kelabu.








Peringkat 3 Menuai cendawan
24/1/2019 
Murid-murid mempelajari cara menuai cendawan tiram kelabu.



Murid-murid menuai cendawan tiram kelabu bawah bimbingan guru besar.




Murid-murid belajar menimbang cendawan yang dituai.




第一次收成 100g
Penuaian kali pertama 100g untuk setiap bongkah.

Cendawan Goreng
Hasil tuaian digoreng makan bersama.

No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...