Friday 10 January 2020

Aktiviti Penuaian Cendawan Tiram Kelabu 采收蚝菇活动

采收蚝菇活动
Aktiviti Penuaian Cendawan Tiram Kelabu
Tarikh: 9.1.2020
#Amalan3R
#Perkiss2020

Sekolah Chi Chih merasa terpanggil untuk menyediakan aktiviti Penanaman Cendawan Kelabu yang berteraskan keusahawanan untuk murid-murid.  Aktiviti –aktiviti penanaman cendawan kelabu amat mudah dijalankan dan dapat menghasilkan cendawan kelabu yang boleh dimakan atau dijual kepada orang ramai. Melalui inisiatif Kelab Kitar Semula Sekolah Chi Chih, banyak aktiviti dapat dijalankan sepanjang tahun.

OBJEKTIF:
Pada akhir setiap aktiviti, ahli-ahli Kelab Kitar Semula dijangka dapat:
1. Mempraktikkan ilmu keusahawanan yang mereka pelajari .
2. Membina sifat yakin dan berani berhadapan dengan pelanggan.
3. Meningkatkan pendapatan keluarga ibu bapa murid.
4. Meningkatkan kesedaran cintai alam sekitar di kalangan murid-murid.


蚝菇种植计划是去年的Project。今年我们还是继续实行这项计划。让学生照顾校园里的蘑菇包与采收活动。学生们都非常熟练地采摘蘑菇。
Aktiviti Penanaman Cendawan Tiram kelabu ini merupakan projek utama tahun lepas. Projek ini juga akan diteruskan pada tahun ini. Bongkah cendawan yang berada dalam bilik kitar semula ini dijaga oleh murid-murid tahap 2. Mereka telahpun mahir menjaga cendawan dan menuai cendawan ini.

Gambar 1 : Murid-murid menunjukkan hasil cendawan.

Gambar 2: Murid-murid menuai cendawan.




Gambar 3: Cendawan yang telah dipetik.

Gambar 4:Murid-murid spray air pada bongkah cendawan dan tutup semula bongkah cendawan.

Gambar 5: Murid-murid menimbang hasil cendawan.



Berikut adalah gambar-gambar  aktiviti ini,












Hasil dan Tuaian Cendawan Tiram Kelabu

i. Secara amnya selepas tutup bongkah dibuka, cendawan tiram kelabu akan keluar melalui tutup terbuka itu dalam 4-7 hari.

ii. Selepas hasil dituai, bongkah perlu ditutup selama sekitar 7 hari untuk merehatkan bongkah.
Nota – Ada juga pengusaha yang tidak menutup semula bongkah dan membiarkan bongkah terbuka. Kelebihan menutup bongkah ialah anda boleh mengawal pengeluaran cendawan tiram kelabu dan masa penuaian.

iii. Selepas 7 hari ditutup, bongkah dibuka semula untuk kitaran dan tuaian kedua.

Secara amnya, bongkah boleh menghasilkan cendawan tiram kelabu selama 3 bulan iaitu dengan 6 kitaran atau tuaian. Jika lebih daripada 3 bulan, itu rezeki anda.



No comments:

Post a Comment

Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon

                                       Taklimat AI Dalam Usaha Rendah Karbon   Tarikh : 3 April 2024 Tempat : SJKC Bin Chong Taklimat ini di...